SEGMEN ZAMAN SEKOLAH

2:13:00 PM


Assalamualaikum w.b.t.



Haiiiiiiii. Lama sangat tak update blog ni. Dan lama pulak saya privatekan blog ni, sebab editing in progress. Tukar layout baru. Supaya senang nak bukak guna tablet nanti. Almaklumlah bila kena share laptop ni, macam-macam songeh sikit. Banyak buku dah habis baca tapi tak buat-buat review lagi haha. Bagi rating suka, tapi review malehh.



Kawan ni suka bagi saya tag. Sayangg dia ♡♡ Tapi maklumlah bila dah tak selalu online, itu yang publish entry lambat. Okay sekarang, jom kita bersegmen. ^^




[REMINDER: I'M OFTEN AT THE RIGHT SIDE]


Form 1. Waktu itu zaman noob. Hahaha tak taulah nak cerita macam mana. First time dapat masuk sekolah asrama. Kena jemberang naik feri semata-mata nak pergi belajar. Waktu Form 1 tak banyak progress lagi, sebab waktu tu baru nak belajar sesuaikan diri kat tempat baru. Sorang-sorang pulak tu.






Form 2. Waktu ni baru ada progress sikit. Waktu ni lah kita nak start gaduh dengan kawan lah, tak puas hati dekat orang tu orang ni. Perkara biasa la tu.


Kalau ikutkan banyak benda yang saya dah lupa, tapi nasib baik ada entri-entri lama. Waktu ni lah saya kena jadi helper, tolong adik-adik form 1 dekat asrama lah. Tak puas hati sebab tak dapat wakil bola jaring lah. Main dengan member-member classmate sampai terguling-guling kat padang. Yang part guling-guling tu memang paling tak boleh lupa la. Saya quotekan entri lama saya kat sini:


"Sampai ada satu masa, kawan saya baling bola dekat saya, lalu bola tu terlepas dan bergolek ke tempat lain, saya pun kejar bola tu sampai terjatuh dan berguling sambil peluk bola. Tiba-tiba kawan-kawan saya datang dan jatuh ramai-ramai atas saya. Semuanya gelak ramai-ramai. Apa yang lawaknya pon saya tak tahu. Tapi nasib baik rumput-rumput di padang kering, kalau basah, kotor habis baju kami ni. Mengalahkan pemain ragbi. :D"


dating kejap dengan kawan ni



bunga coklat hasil tangan kayu saya sempena graduasi


presentation enrichment cluster... geez, presentation.



Form 3. Ini tahun yang tak berapa best. First, sebab penyakit saya makin teruk. Second, sebab ini tahun PMR. I don't know how to explain, but once you sekolah dekat sekolah orang-orang yang pandai, you can't imagine the pressure. Even it's just PMR. Waktu ni memang mentally depressing. Cikgu menangis sebab result teruk lah and whatnot. Saya memang jenis tak boleh tahan pressure, so you can see me cry often. And roommate yang marah you sebab you menangis lah, kacau dia tidur lah. Nasib baik there's still some good things happened to make up the bitter things I faced. Kalau tak, tahun depan tu memang pindah terus.


And tahun ni lah saya ada crush / minat orang. Bhahaha talk about shameless. He's my senior, tapi tak pernah bertegur sapa pun. Pernah jugak la tegur sekali-sekala, sebab nak bagitau ada perjumpaan kelab. (He's the president btw) Tu je la. And I guess he recognize me sebab saya selalu tak datang perjumpaan. Bukan ponteng ke apa, tapi sebab saya memang ada hal lain. Kena pergi outing lah, perjumpaan kelab lain lah, boleh tahan busy jugak lah saya waktu tu. Tapi dalam busy-busy tu sempat lagi syok sendiri masyaallah.


raya in pink


kem tamat latihan yang memorable



Form 4. Tahun ni tahun favourite saya. Because I started to become more extraverted (though tak extraverted sangat, introverted side masih mendominasi) and tahun ni lah saya belajar untuk berkawan dengan semua orang. Started to say "Hai" dekat batchmate dari kelas lain bila lalu lalang. Dapat kawan-kawan yang best. Well, bergaduh dengan best friend tu perkara biasa, itu tandanya friendship korang progressing.


Tahun ni jugak lah classmates berani membahan saya. Diorang 'kenakan' saya dengan hamba Allah ni. And saya pernah acah-acah nak baling bekas pensel dekat seorang kawan laki ni, acah je lah haha. Well, saya tak pernah semesra ini dulu-dulu. Macam tak percaya je saya jadi macam tu. For me, it's a big deal. REALLY REALLY big deal. Saya ni pendiam dan suka buat hal sendiri tau, but wow, seriously, how in the world I become like that??


classmate lama ♡

homeroom in reggae /ciplak dari insta kawan lol/



Form 5. Pindah sekolah. Dari MRSM ke SMK. Hahaha betapa drastiknya perubahan tu. Pindah sebab kena penyakit anaemia. Mama dah seriau nak hantar belajar jauh-jauh. Dapat sekolah dekat, boleh jalan kaki je, tak payah naik feri. Jumpa kawan baru lagi. Belajar dekat sekolah menengah biasa ni mengajar saya supaya menjadi humble. Supaya tak terlalu megah dengan keupayaan diri, dan supaya menjadi diri sendiri.


Dan di sekolah baru ni, saya menjadi nerd balik ahaha. Okay, yang tak boleh lupa bila saya dengan kawan-kawan lain main lif dekat hotel hahahaha. Actually kitorang ada ceramah pasal kelab kebudayaan di hotel ni, tapi asyik tersilap tingkat je. Orang lain mesti ingat kami ni saja-saja main lif.







Nak cari di mana saya? Kan dah bagitau awal-awal "I'm often at the right side". Tapi depends, ada sesetengah gambar saya tiada di kanan teehee.


So, conclusion? Waktu zaman bersekolah ni lah cabaran dia memang... hahaha pepaham lah. Kadang-kadang kita cuba untuk buang segala pengalaman yang pahit-pahit tu, tapi pengalaman yang itu la yang hinggap bila nak teringat balik zaman sekolah. Haruki Murakami ada cakap,


"No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories."


Unless korang jenis yang pelupa macam saya hahaha. Pahit manis semuanya blurr. Ingat yang mana boleh diingat je. 
╮(︶▽︶)╭


So, lepas ni saya akan mulakan kehidupan baru di alam matrik. Huhu, wish me luck. Nampaknya, blog ini akan hiatus balik lah.


So, people chosen by me are : Nur NajahSofieZofirohEchaNurul Rasya | Atheera


Join lah sekali kalau sudi okay? (*^ω^)


Toodles!

You Might Also Like

14 comments

  1. Sekolah ni kadang2 mematangkan kita sikit lah kan haha Good luck nanti pergi matrik tau <3 You can do it ! Btw, kawan baik saya ada yang pergi matrik Kedah juga ;) Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul :D thanks! ohh yeke? nanti kalau terjumpa saya kirim salam hehe

      Delete
  2. aiyok!!! kena pulang ke zaman sekolah balik la ni? hahahahha
    thanks for tagging yoo!
    :) insyaAllah akan join...tunggu mesin masa doraemon dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah o(≧▽≦)o alright kak sofie!

      Delete
  3. yay kita sama anak saraan mara laa hahah

    ReplyDelete
  4. wahhh..happening n meriahnya zaman sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50-50 sebenarnya, ada yg happening ada yg agak 'bitter'. Tapi saya pilih untuk tunjuk perkara yg happening saja, kalau boleh nak lupakan yg bitter2 tu :'D

      Delete
  5. Saya pun ansara juga. hehehehe. kita sebayalah. tapi tahun ni baru nak amik spm lol. memang zaman sekolah menengah ni perasaan macam roller coster. (ಥ_ಥ) ahuhuu. tak pe wak. saya doakan kejayaan kita semua. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? haha, betul, roller coaster sangat, ada naik ada turun ada pening kepala semua XD insyaAllah hehehe, all the best untuk SPM okey, fighting! \(^ヮ^)/

      Delete
  6. Adibah.. boleh tak send gambar kelas 401 time f4 at my fb? gmbar yg first f4 tu..
    Love your blog btw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana !!! gambar du ada dalam laptop adibah, insya-Allah nanti bila dapat bukak lappy dibah bagi ok? thank you yanaa >3<

      Delete
  7. Yeayyyy become extroverted tak salah kann ^_^ sronok bacaa.. And I'm happy you started to talk to alot of people.. tetiba igs yang seronok.. hahahahahahaha.. Igs harap nanti kat matrik pun tak malu malu dah.. and my friend also got anaemia.. soo sikit sbanyak paham jugakla penyakit dia tu macam mana.. I hope youre doing well.. In Shaa Allah sihat selalu ☺ goodluck yeaaaa!! Kipidap dongibab! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha though tak extraverted sangat... berani cakap2 dgn diorang sebab diorang sporting eheh~ thank you sebab happy hahah XD insya-Allah, moga2 semuanya smooth kat matrik nanti hmm :'D hehehe aminnnn :)

      Delete

LEGACY

HOLLER