Nervous.

3:54:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.





Pernah tak korang rasa nervous? Oh well siapa yang tak pernah rasa nervous dalam dunia ni kann. Duh, macam mana nak cakap, ya? Sekarang ni aku tengah nervous. huuung~ aku tak suka lah rasa nervous macam ni. Dalam banyak-banyak benda, rasa nervouslah aku paling tak suka. Sebab dia buat aku rasa down sangat-sangat.



To begin with, I'm not born with a strong personality. Aku ni bukannya seorang yang berani. Jangan terpedaya dengan cara aku meluahkan perasaan dalam blog ni. It simply means that I'm being honest, not brave. Walaupun kadang-kadang cara aku bercakap agak straightforward, tapi tak, sebenarnya aku bukannya berani. Aku tak cukup berani.



Nama blog ni wallflower, kan? Dan korang pun tahu apa maksud wallflower jugak, kan? Orang yang introvert. Yang masih dalam kepompong. (haa itupun aku tahu lepas terjumpa novel The Perks of Being Wallflower lol)



Memang waktu aku rasa nervous kan, rasa macam nak lari dari dunia ni. Pergilah terbang ke Neptune ke Jupiter ke. Yang penting aku taknak wujud di sini. Haha. Aku lagi rela jumpa alien daripada jumpa manusia. Sebab aku rasa nervous sesangat, nak berdepan dengan manusia. Korang paham kan?



Kadang-kadang aku terfikir, macam mana ada sesetengah orang boleh jadi berani, ya? I mean, they are bold, dan selalu berani berdepan dengan risiko. What makes them so? Dari mana mereka dapat keberanian tu? Kenapa mereka tak nampak nervous pun, macam aku? Kenapa mereka tak nampak takut langsung?



Why? Why? Why?



Tiap-tiap kali aku rasa nervous, aku cuba ingat cakap mak aku,


"Buat apa nak takut kalau kita buat benda yang betul?"



Kan? Kenapa aku selalu rasa nervous dan takut, padahal aku bukan buat salah pun, kan? Itulah, dilema orang yang introvert macam aku.



Lepas dah stabilkan mindset supaya jadi normal balik, datang pulak benda lain.



Kritik, dan ayat berbisa.



Tbh, aku seorang yang sensitif. Cepat terasa. I can't handle critic so well. Bila aku sedar yang ada orang kritik aku, serta merta aku akan rasa down. Down to the most down. Worse to worst. Sampai ke tahap aku emo. Sampai ke tahap aku taknak cakap apa-apa dah. Sampai ke tahap aku rasa akulah manusia paling teruk pernah wujud di dunia.



Memang waktu-waktu macam tu, aku akan menyendiri. Kalau boleh taknak jumpa sesiapa pun. SESIAPA PUN. Realiti mahupun maya. Sama ada aku tidur, baca buku, or makan. Haa, itulah kawan baik aku.



Rupa-rupanya ada hikmahnya aku perlu rasa stress dan down.



Sebab itu tandanya Tuhan sedang menyeru aku supaya lebih mendekatkan diri denganNya.



Masya-Allah, selama ni aku leka.



You Might Also Like

12 comments

  1. tengah nervous ni nk exam kejap lg. huhu

    ReplyDelete
  2. huhuhu~ hanie slalu rasa prasaan tu bila baru nak mulakan sesuatu hal~ xleh bygkan cmne nak mula~ Ase baik taya wt pape la~ but once da buat, akan trus rasa lega~ trust me~ heheh

    ReplyDelete
  3. i feel you. im an introvert too. its hard for me to change but then im always setting my mind not to be afraid of what ppl are goin to say about me. lets not live under the dogma ( which living under the ppl result of thinking ) After being so brave, now i realised that fear isnot tht big, if we can create them, we can destroy it. and, u should knw, theres always someone who love us the way we are. ^^

    ReplyDelete
  4. dulu pernah rasa benda yg sama, tapi kena selalu ingatkan diri. takde gunanya terus-terusan bersikap macam tu. tak ada faedah. malahan kita yg rugi. kita akan ketinggalan banyak perkara dlm dunia. cuba bina keyakinan diri, jangan ambek pusing apa yg org cakap pasal kita. in shaa Allah okay :)

    ReplyDelete
  5. I feel you too. I think the key was just to love yourself for who you are and don't let the criticism brought you down. Believe in yourself~

    ReplyDelete
  6. Akim: I will :D

    kak najwa: All the best for your exam! ^^

    kak Hanie: hehe, kann? Memang selalu rasa macam tu, okay I will try :D

    yui: your comment is really heart-warming :D yeahh I guess I will try my best to be brave and fearless enough to not letting other people's thought influence me XD

    ReplyDelete
  7. kak fieqa: insya-Allah, saya cuba :D

    bella: I will try! *emoticon bersemangat*

    ReplyDelete
  8. hehe well thats my girl. fighting ^^

    ReplyDelete
  9. we have same personality,
    lama2 insyaALLAH boleh handle perasaan tu :)

    be yourself :D

    ReplyDelete
  10. sometimes aku pun ada gak rasa cenggini...tapi bila kita cuba berdepan dengan situasi yang kita tak suka adalah cara paling mudah untuk kita kenal diri sendiri..

    tertanya-tanya gak kenapa sampai neptune dgn Jupiter je...kenapa tak pergi pluto terus? hehehehhe
    ^_^!

    ReplyDelete
  11. ^^

    kak sofie: hehe... jauh sangat... tiket penerbangan mahal :P

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER